Home Dunia Hubungan seks gadis bawah umur adalah jenayah rogol

Hubungan seks gadis bawah umur adalah jenayah rogol

NEW DELHI – Mahkamah Agung India memutuskan melakukan seks dengan perempuan yang berumur 18 tahun ke bawah adalah satu jenayah rogol meskipun sudah berkahwin.

Keputusan itu bagi membendung kelemahan kawalan undang-undang di negara itu sehingga mendorong pesalah melarikan diri daripada hukuman.

Ia juga mengambil kira kebenaran perkahwinan undang-undang untuk perempuan adalah 18 tahun.

Bagaimanapun, kebanyakan anak-anak perempuan di India dikahwinkan pada usia muda khususnya di kawasan-kawasan pedalaman.

Dengan keputusan mahkamah itu, polis perlu mendakwa kes rogol perkahwinan pada masa depan jika mangsa berusia di bawah 18 tahun serta perlu mendaftarkan aduan dalam tempoh satu tahun selepas kejadian.

Vikram Srivastava, seorang peguam yang memperjuangkan isu itu hingga di mahkamah menyambut baik keputusan tersebut kerana ia akan memberi perlindungan kepada kanak-kanak.

“Keputusan mahkamah hari ini menyebut, jika mana-mana individu yang berkahwin dengan perempuan di bawah 18 tahun dan jika perempuan itu membuat aduan wujud hubungan seksual dalam satu tahun, individu itu akan didakwa merogol,” kata Vikram.

Tegasnya, perkahwinan kanak-kanak adalah dilarang, walaupun kebanyakan kanak-kanak berkahwin di bawah umur itu,” kata Vikram. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.