Home Nasional Pengasas YTL meninggal dunia

Pengasas YTL meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pengasas Kumpulan YTL, Tan Sri Yeoh Tiong Lay meninggal dunia hari ini.

Mendiang berusia 88 tahun.

Keluarga mendiang Yeoh melalui kenyataan berkata, pihaknya menerima kunjungan bagi memberi penghormatan terakhir daripada saudara dan rakan-rakan mulai pukul 7 malam esok di
No, 2 Lorong Buloh Perindu 1, Damansara Heights, 59000 Kuala Lumpur.

Beliau akan dikebumikan Nilai Memorial Park.

Mendiang meninggalkan isteri Puan Sri Datin Seri Tan Kai Yong dan tujuh orang anak.

Yeoh mula membina empayar perniagaannya pada usia 22 tahun apabila berjaya menyiapkan projek pertama dan memperoleh keuntungan julung-julung kali berjumlah RM5,000 pada tahun 1950-an.

Beliau kemudian mengembangkan perniagaan dalam sektor pembinaan dan meluaskan Kumpulan YTL dalam sektor-sektor lain.

Pada hari ini YTL adalah syarikat konglomerat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia dengan memiliki kepentingan perniagaan dalam sektor pembinaan, jana kuasa, hospitaliti, hartanah dan telekomunikasi.

Menurut Forbes, Yeoh mempunyai harta bersih berjumlah RM8.2 bilion, sekali gus menjadikan mendiang individu ketujuh terkaya di Malaysia. – MalaysiaGazette