Home Dunia 2 maut mangsa Taufan Lan

2 maut mangsa Taufan Lan

Taufan Lan mula melanda Jepun. foto Agensi

TOKYO – Dua maut dan lebih 10 mangsa cedera dalam Taufan Lan yang melanda Jepun.

Taufan Lan melanda Shizuoka dengan kelajuan 175 kilomter di barat daya Tokyo, kira-kira pukul 03.00 waktu tempatan pada Isnin (18:00 GMT Ahad).

Angin kuat sehingga 198 kilometer sejam, menurut agensi cuaca itu.

Ribut yang menenggelamkan banyak kawasan pada hujung minggu ketika rakyat Jepun mengundi dalam pilihan raya negara.

Cuaca itu menyebabkan hampir 300 penerbangan dibatalkan pada hari Isnin, selepas 500 penerbangan ditunda pada hari Ahad.

Beberapa penumpang keretapi juga dilaporkan terkandas kerana berlaku gangguan elektrik manakala perkhidmatan ekspres dan feri turut dibatalkan. – MalaysiaGazette