JEDDAH — Mangsa kren tumbang pada tahun 2015 tidak mendapat sebarang diyyah (wang pampasan).

Arahan itu dikeluarkan oleh mahkamah di Mekah setelah merumuskan kejadian itu berlaku disebabkan faktor alami bukan kecuaian manusia.

Mahkamah juga membebaskan kesemua 13 pekerja Binaldin Group yang sebelum ini bertanggungjawab kren gergasi di Tanah Suci itu.

Bagaimanapun pihak Jabatan Peguam Negara Arab Saudi membantah keputusan itu dan akan membuat rayuan.

Mengikut prosedur mahkamah sekiranya sesuatu keputusan itu tidak dibantah dalam tempoh 30 hari, ia akan dimuktamadkan.

Dalam kejadian malang itu, seramai 108 mangsa terbunuh dan 238 cedera apabila kren yang digunakan untuk menaiktaraf Masjidil Haram itu tumbang pada September 2015.

Hakim dalam kes berkenaan pihaknya membuat keputusan teliti dengan menyemak semula laporan teknikal, kejuruteraan, mekanikal dan geofizikal selain laporan Jabatan Meteorologi dan Alam Sekitar yang mendapati kejadian itu ada kaitan dengan hujan lebat dan petir yang menjadi punca kren berkenaan tumbang.

“Kren diletakkan pada posisi selamat dan tidak ada kesalahan dilakukan kepada tertuduh yang telah mengambilkira aspek keselamatan,” katanya.

Mahkamah juga mengambilkira laporan pihak antarabangsa yang dibuat oleh Binladen Group sebagai tambahan kepada laporan Jabatan Pertahanan sebelum membuat keputusan akhir.

“Pihak peguam negara tidak dapat menyediakan bukti kukuh Binladen Group telah mengingkari peraturan keselamatan,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Comments are closed.