KUANTAN – Bukan sahaja Datuk Seri Siti Nurhaliza, pelakon Adi Putra turut dikurniakan Datuk oleh Sultan Pahang.

Pelakon yang berasal dari Singapura itu turut berkongsi kegembiraan di laman Instagramnya.

“Syukur Alhamdulillah kepada Allah, patik ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakat Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah.

“Semoga Tuanku diberkati dan dirahmati Allah SWT,” tulis pelakon yang berusi 36 tahun itu.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim pernah terlibat dengan pelbagai filem seperti Anak Halal, Akhirat, Langgar, Hanyut dan filem Bollywood Don 2.

Adi turut pernah merakamkan lagu berjudul Kelahiran.- Malaysia Gazette

Comments are closed.