Ahmad Iqbal bersama Vida.

KUALA LUMPUR – Pembantu peribadi (PA) Datuk Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli menafikan dia ‘anak ikan’ kepada usahawan kosmetik terkenal itu.

Malah hubungan mereka bukan sebagai pasangan kekasih.

Kepada Utusan Online, anak muda kelahiran Pasir Mas yang baru berusia 23 tahun itu memperjelaskan berita tular mengatakan mereka berdua kononnya bercinta.

Cuma, katanya, dia lambat menafikan dakwaan itu kerana menunggu bosnya pulang daripada menunaikan umrah.

Sementara itu, Vida yang juga ibu tunggal mengaku ‘tertekan’ dengan dakwaan berkenaan yang mencalar imejnya seolah-olah mencari teman lelaki muda sebagai pasangan.

Secara berseloroh, Vida mempertikaikan dakwaan lelaki memilihnya kerana harta dan bukan kerana kecantikan dan dirinya sendiri.

Justeru, Vida bertindak menukarkan Ahmad Iqbal ke jabatan pemasaran di syarikatnya dan bukan sebagai PA lagi selepas ini.

Selain Ahmad Iqbal, Vida mempunyai tiga lagi PA lain.

Beliau juga mendoakan stafnya itu dipertemukan dengan jodoh yang sesuai semasa beribadat di Tanah Suci.- MalaysiaGazette