Noor Rashid Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat penahanan wartawan warga Malaysia, Mok Choy Lin, 47, yang ditahan bersama wartwan Singapura Lau Hon Meng, 44, di Myanmar kerana cuba merakam foto Parlimen negara itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis di Malaysia belum menerima sebarang maklumat yang mengesahkan penahanan itu.

“Saya belum dimaklumkan apa-apa mengenai tangkapan itu.

“Saya akan buat semakan dan akan mengenalpasti individu itu dan juga tindakan yang boleh diambil untuk membantu mereka,” katanya selepas Majlis Penutupan Festival Kesenian Piala Ketua Polis Negara 2017 di sini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menasihatkan pengamal media agar menggunakan saluran betul untuk ke negara luar.

Malah beliau juga menyarankan mereka supaya tidak cuba menyelinap ke tempat-tempat larangan atau sensitif sesebuah negara. – MalaysiaGazette