Home Dunia Kembar craniopagus India sudah boleh buka mata

Kembar craniopagus India sudah boleh buka mata

Jaga sudah boleh membuka mata selepas dipisahkan dengan Kalia.

NEW DELHI – Salah seorang kembar lelaki yang bercantum di kepala sudah membuka mata, empat hari selepas menjalani pembedahan memisahkan mereka.

Pembedahan selama 16 jam itu dijalankan oleh 30 orang doktor di India.

Jaga, yang baru berusia dua tahun sudah mula memberi respon seperti menggerakkan badan. Dia masih menggunakan ventilator dan memerlukan dialisis harian kerana mengalami masalah buah pinggang.

Kembarnya, Kalia, masih belum sedar dan mengalami kejang.

Pasangan kembar itu dilahirkan dengan saluran darah dan tisu otak yang berkongsi.

Prof. Deepak Gupta yang terlibat dalam pembedahan berkenaan berkata, kedua-duanya stabil dan para doktor berpuas hati dengan perkembangan mereka.

Pasangan kembar itu berasal dari Orissa, memiliki kepala yang bergabung – suatu keadaan yang dikenali sebagai craniopagus.

Craniopagus berlaku dalam satu daripada tiga juta kelahiran dan 50 peratus daripada kembar ini selalunya mati dalam tempoh 24 jam, kata doktor.

Pembedahan pertama dilakukan pada 28 Ogos dengan membuat pintasan untuk memisahkan urat-urat yang dikongsi yang mengembalikan darah ke jantung dari otak. – MalaysiaGazette