Devin Patrick Kelly (gambar kecil) yang melakukan serangan di sebuah gereja di Texas mengorbankan 26 orang. foto Agensi

TEXAS – Lelaki yang membunuh orang ramai di sebuah gereja di sini semalam dikatakan bertengkar dengan ibu mertuanya sebelum melakukan serangan itu.

Serangan yang dilakukan oleh Devin Patrick Kelly itu menyebabkan 26 orang terbunuh, separuh daripada mangsa adalah kanak-kanak.

Kelley telah menelefon bapanya selepas dia ditembak oleh orang awam dan memberitahu dia tidak boleh hidup lagi.

Lelaki itu didakwa tidak memiliki lesen senjata.

Semasa membuat serangan itu Kelly menggunakan senapang separuh automatik dan dua pistol.

Freeman Martin, pengarah serantau bagi Jabatan Keselamatan Awam Texas memberitahu, Kelley meninggal akibat luka tembakan sendiri, selepas dia ditembak oleh ‘orang lain’.

“Ini bukan bermotifkan perkauman, ia bukan atas kepercayaan agama.

“Ada situasi domestik yang berlaku dengan keluarga dan mertua. Kami tahu bahawa dia menyatakan kemarahan terhadap ibu mertuanya yang selalu mengunjungi gereja ini,” kata Martin sambil menambah Kelley telah menghantar teks yang mengancam ibu mertuanya.

Bagaimanapun, semasa kejadian, ibu mertuanya, Michelle Schields, tidak berada di situ.

Kelley yang melarikan diri dari tempat kejadian sejurus melakukan tembakan tetapi dikejar oleh seorang lelaki, Stephen Willeford yang mendengar tembakan tersebut dari seberang jalan.

Stephen Willeford dan pasangannya telah mengejar kereta yang dipandu Kelley .

Mereka memandu dengan kelajuan sehingga 153 kilometer sejam sehinggalah Kelly kehilangan kawalan keretanya.

Kelley kemudiannya dijumpai mati di dalam kenderaannya dengan kesan tembakan, kata polis. – MalaysiaGazette