Mohamad Fuzi Harun.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan sedang menyiapkan kertas siasatan ketiga berhubung dakwaan skandal Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, dua kertas siasatan telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut berhubung siasatan terhadap Dzulkifli.

“Kita sudah hantar laporan siasatan kertas video yang mendakwa Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 17 Oktober dan 30 Oktober lalu.

“Jadi kita dapat balik kertas laporan itu dan banyak tindakan susulan yang kita perlu ambil sebelum kita hantar semula,” katanya dalam sidang media selepas siri lawatan di Bridged Tengah Cheras, hari ini.

Pada 16 Oktober lalu, Jabatan Peguam Negara telah menubuhkan satu pasukan khas untuk memantau secara lebih dekat mengenai siasata berhadapan dakwaan itu.

Dalam satu kenyataan, Tan Sri Apandi Ali berkata, tindakan itu dibuat memandangkan tuduhan yang dibuat terhadap Dzulkifli adalah serius dan boleh menjejaskan integriti beliau.

Sehari selepas itu, Mohamad Fuzi berkata, pihaknya akan melakukan siasatan berhubung laporan video mendakwa seorang pegawai kanan SPRM mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang. -MalaysiaGazette.