Sauz Niguez, 22, diburu manchester united untuk digandingkan dengan Poul Pogba di jentera serangan tengah musim ini. - The Sun

ENGLAND – Manchester United terus gagal mencari gol kemenangan dalam perlawanan di luar Old Trafford sejak ketiadaan Paul Pogba.

Pogba tidak beraksi dengan The Red Devils setelah mengalami kecederaan pada September lalu.

Ia mengakibatkan Jose Mourinho memulakan pencarian penyerang tengah terbaik yang boleh berganding dan beraksi menggantikan Pogba.

Mounrinho juga sudah membuat keputusan menyambung kontrak Herrera, 28, yang akan tamat pada Jun depan untuk tempoh setahun lagi.

Kini laporan di Old Trafford mendakwa Mourinho telah mengenalpasti bintang tengah Atletico Madrid, Saul Niguez sebagai gandingan terbaik Pogba di Theatre of Dreams.

Aksi memberangsangkan bintang antarabangsa Sepanyol berusia 22 tahun dibawah bimbingan Diego Simeone berjaya mencuri perhatian Mourinho.

Mounrinho serius untuk menambah pemain itu dalam skuad menjelang akhir musim ini.

Malangnya musim ini, Atletico ‘mengikat’ pemain itu dengan kontrak pelepasan bernilai  £134 juta (RM734.5 juta) dan mana-mana kelab yang berminat perlu bersetuju untuk menepati klausa itu.

Mourinho juga dikatakan bersedia membayar klausa pembayaran yang ditetapkan itu.

Sementara Niguez pula dikatakan bersedia menyertai United sekiranya kedua-dua kelab itu mencapai perjanjian perpindahan.

Atletico juga berminat untuk mendapatkan bintang Man United Ander Herrera tetapi Jose bertegas tidak akan melepaskan pemain itu dalam apa jua keadaan sekali pun dan sanggup membayar jumlah yang ditetapkan untuk Niguez.- MalaysiaGazette