Home Ekonomi 9.4j kanak-kanak bawah umur

9.4j kanak-kanak bawah umur

KUALA LUMPUR – Jumlah kanak-kanak bawah umur 18 tahun di Malaysia pada tahun ini adalah 29.4 peratus iaitu 9.4 juta orang daripada jumlah penduduk 32 juta orang.

Dari segi jantina, bilangan kanak-kanak lelaki berjumlah 4.9 juta orang, lebih ramai daripada kanak-kanak perempuan 4.6 juta orang.

Jabatan Perangkaan berkata, kanak-kanak yang berusia bawah umur 5 tahun adalah 8.2 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia.

Bilangan kanak-kanak lelaki pula berjumlah 1.4 juta orang, lebih ramai daripada kanak-kanak perempuan 1.3 juta orang.

Putrajaya merekodkan peratusan tertinggi kanak-kanak berumur bawah 18 tahun iaitu 42.6 peratus.

Ia diikuti oleh Kelantan (36.7%) dan Terengganu (36.5%).

Manakala, Pulau Pinang merekodkan peratusan terendah kanak-kanak berumur bawah 18 tahun iaitu 24.1 peratus.

Pada 2016, murid di prasekolah mencatatkan peningkatan 2,171 orang berbanding tahun sebelumnya daripada 198,574 orang (2015) kepada 200,745 orang (2016).

Trend sebaliknya ditunjukkan bagi peringkat rendah dan menengah rendah iaitu masing-masing berkurangan 239 orang dan 42,235 orang.

Dalam kalangan murid menengah atas pula, jumlahnya bertambah 19,103 orang daripada 781,472 orang (2015) kepada 800,575 orang (2016).

Bilangan murid di tadika swasta, sekolah rendah swasta dan sekolah menengah swasta menunjukkan peningkatan pada 2016 masing-masing kepada 332,641, 36,899 dan 109,865 orang. – MalaysiaGazette