Instagram Paul Pogba.

MANCHESTER – Paul Pogba dilihat sengaja memberi harapan kepada penyokong Manchester United apabila memuat naik gambar bintang Argentina, Paulo Dybala.

Sebelum itu, Pogba itu menghubungi bekas rakan sepasukan di Juventus itu untuk memberi ucapan sempena ulang tahun hari lahirnya.

Selepas perbualan mereka, pemain tengah United cuba bermain teka-teki kerana memuat naik gambar Dybala dengan #AgentP.

Dalam kapsyen gambar berkenaan Pogba turut dikatakan cuba berjenaka dengan mendakwa cuba membawa Dybala ke Old Trafford.

Penyokong United yang gembira dengan kapsyen itu berharap Dybala dapat memperkuatkan skuad bimbingan Jose Mourinho pada masa akan datang.

Dybala setakat ini telah menjaringkan 10 gol dan dua bantuan gol bagi aksi Serie A sahaja. – MalaysiaGazette