Home Dunia 2 pesawat B747 dilelong melalui Taobao

2 pesawat B747 dilelong melalui Taobao

BEIJING – Dua pesawat Boeing 747 dijual melalui laman sesawang e-shopping Taobao pada harga lebih daripada 320 juta yuan (AS$48 juta).

Jet jumbo milik syarikat kargo yang bankrap dan mahkamah telah cuba menjualnya selama bertahun-tahun lalu.

Enam lelongan di luar talian sebelumnya gagal dan oleh itu pesawat-pesawat itu akhirnya dijual melalui dalam talian.

Akhirnya, pesawat itu dimiliki oleh syarikat penerbangan China, SF Airlines selepas berjaya membidanya.

Taobao adalah laman lelongan dalam talian yang serupa dengan eBay, dimiliki oleh firma gergasi e-dagang, Alibaba.

Pesawat berkenaan telah diletakkan di dalam stor di Shanghai dan Shenzhen sejak tahun 2013 selepas pemiliknya, Jade Cargo International, diisytihar bankrap pada bulan September tahun itu.

Setakat ini ada sebuah lagi pesawat yang perlu dijual.

Ia bukanlah kali pertama lelongan atas talian dibuat bagi barangan luar biasa pada harga berjuta-juta dolar.

Jualan atas talian tertinggi dibuat oleh eBay adalah sejumlah AS$85 juta bagi kapal besar pada tahun 2006 dan pesawat Gulfstream II yang dijual pada harga AS$4.9 juta. – MalaysiaGazette