Fattah Amin dan Fazura.

KUALA LUMPUR – Khabar berita cerita pasangan pelakon sensasi, Fattah Amin dan Fazura dikatakan bernikah dalam satu majlis tertutup bakal terjawab esok.

Pasangan tersebut dijadualkan akan mengadakan satu sidang media berkenaan isu terbabit di salah satu hotel di ibu negara.

Difahamkan, sidang media itu akan diadakan jam 5 petang selepas pasangan itu selamat menunaikan umrah bersama-sama keluarga terdekat masing-masing.

Sebelum ini, heboh menyatakan bahawa pasangan Fattah dan Fazura telah melangsungkan perkahwinan mereka didakwa diadakan rumah nenek Fazura yang terletak di Petaling Jaya.

Tersebar khabar angin Fattah, 27, dan Fazura, 34, memilih tarikh 13 November 2017 untuk bertunang namun tiada pengumuman dibuat. -MalaysiaGazette.