Mohd Shukrie Mohd Salleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Pos Malaysia Bhd, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh mengumumkan peletakan jawatannya berkuatkuasa 31 Disember depan.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, Shukrie telah memberi perkhidmatan terbaik, sepanjang tempoh bertugas bersama Pos Malaysia dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif penting.

Beliau juga memainkan peranan utama dalam pengambilalihan aset berkaitan logistik termasuk menerajui kerjasama strategik dengan Lazada Malaysia.

Kerjasama itu salah satu elemen terpenting dalam Zon Perdagangan Bebas Digital yang baru dilancarkan oleh kerajaan serta bekerjasama dengan Tigers Ltd dari Hong Kong, antara lain.

“Ini menyebabkan saham-saham Pos Malaysia mencecah harga tertinggi dan seterusnya, menjadi permodalan pasaran yang tertinggi,” katanya.

Sementara itu, Lembaga Pengarah Pos Malaysia juga mengumumkan pelantikan Datuk Azlan Shahrim sebagai CEO sementara yang akan memberi laporan kepada Lembaga Pengarah sehingga pelantikan calon sesuai. – MalaysiaGazette