Dr Ibrahim Ali
Dr Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Pengumuman bekas Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Idris bagi menyertai PKR tidak memberi kesan kepada NGO Perkasa.

Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, sebagai sebuah badan pertubuhan bukan politik, penyertaan mana-mana ahli Perkasa ke dalam parti politik merupakan perkara yang lazim.

“Tidak ada apa-apa kesan kepada perjuangan Perkasa mengenai berita kemasukan Irwan Fahmi sebagai ahli PKR.

“Untuk makluman, sebelum ini pun sudah ada sana sini sikit sebanyak ahli Perkasa yang menyertai berbagai parti politik termasuk yg menyertai Bersatu Amanah dan PAS.

“Ada juga ahli Perkasa yang belum menjadi ahli mana-mana parti politik menyertai UMNO. Ianya perkara biasa kerana Perkasa adalah sebuah NGO dan bukan parti politik.

“Sesiapa sahaja ahli Perkasa bebas menyertai mana-mana parti politik. Terpulang kepada mereka untuk memilih apa jua parti yg sesuai,” katanya.

Irwan Fahmi Idris

Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim turut membidas khabar angin yang mengatakan bahawa keputusan Irwan Fahmi itu juga memberi kesan kepada kepimpinan Wira Perkasa.

Menurutnya, perlantikan Burhanudin Ruslan yang mengantikan Irwan Fahmi sebagai Ketua Wira Perkasa sejak sekian yang lalu juga memberikan kesan yang positif kepada pertubuhan itu.

Justeru, Ibrahim sentiasa berlapang dada dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh ahlinya dalam memilih mana-mana parti politik sebagai pentas perjuangan mereka.

“Mungkin beliau di janjikan sebagai calon PKR pada PRU14. Selamat maju jaya buat mereka,” katanya. – MalaysiaGazette