KUALA LUMPUR – Walaupun mendapat kecaman ekoran penampilannya yang ‘pelik’ namun pelakon, Iqram Dinzly tidak serik-serik membuat live video di media sosialnya.
Antara kelakuan ‘pelik’ pelakon yang semakin kurang berlakon sejak kebelakangan ini ialah menari dan membuat aksi yang dianggap lucah.
Aksi itu menjadikan pemilik nama Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 36, menjadi tular di media sosial.
Dalam live Instagramnya sejam lalu, Iqram Dinzly berkata perlakuannya adalah identitinya itu dianggap bersesuaian dengan nama akaun Instagramnya yang juga diubah daripada hanya Iqram Dinzly kepada iqramdinzly_princhiqydinzly.
“Kenapa jadi macam ni? Its a new me, its not Iqram Dinsly. I’m princhiqydinzly (Ini adalah diri saya yang terbaru),” katanya menjawab soalan daripada netizen.
Iqram berkata tidak mahu berlakun ketika ini kerana tidak mahu ‘semak’.
“Saya tak nak belakon…semak,” ujarnya lagi.
Namun ada yang pelik pada Iqram apabila BIO akaun Instagramnyam, dia menulis ‘DR. Princhiqy Dinzly B A W A a B A T A merebucks … kelembutan nafsu dalam tembakan padu’ seperti mana yang seruannya di dalam videonya.
“Bawa ABATA merebak ke mana-mana di seluruh negara. Sekiranya anda memilih jalan kafir tepuk dada tanya selera,” kata Iqram.
Terdahulu Iqram sering berkongsi gambar di Instagram termasuklah swafoto bersama bapanya, Allahyarham Muhammad Saipuddin Ahmad Said ketika sakit serta turut berkongsi gambar di tanah perkuburan arwah bapanya.
Akhirnya tindakan itu mengundang reaksi negatif ramai netizen. -MalaysiaGazette
Comments are closed.