Home Ekonomi Hutang dunia melonjak AS$233 trilion

Hutang dunia melonjak AS$233 trilion

Kerajaan seharusnya segera  membantu rakyat terhimpit dengan kesan ekonomi ekoran penularan pandemik Covid-19 dan bukan memberikan pilihan untuk mereka berhutang.- Gambar hiasan.

HONG KONG – Hutang global meningkat kepada AS$233 trilion pada suku ketiga 2017, lebih tinggi sebanyak AS$16 trilion dari akhir tahun 2016, menurut analisis oleh Institut Kewangan Antarabangsa (IIF).

Hutang sektor swasta bukan kewangan merekodkan kadar tinggi di Kanada. Perancis, Hong Kong, Korea Selatan, Switzerland dan Turki.

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) turun untuk suku keempat berturut-turut apabila pertumbuhan ekonomi berkembang.

Nisbah sekarang sekitar 318 peratus, 3.0 mata peratusan di bawah penetapan pada suku ketiga 2016, menurut IIF.

“Kombinasi pelbagai faktor termasuk pertumbuhan global yang berpotensi di atas, kenaikan inflasi (China, Turki) dan usaha-usaha untuk mengelakkan hutang hutang yang tidak stabil (China, Kanada) telah menyumbang kepada penurunan itu,” kata penganalisis IIF dalam nota penyelidikannya.

Tambahnya, namun timbunan hutang boleh bertindak sebagai ‘brek’ kepada bank-bank pusat yang cuba menaikkan kadar faedah, memandangkan kebimbangan mengenai kemampuan membayar hutang syarikat dan kerajaan yang berhutang. – MalaysiaGazette