KAJANG – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan pada bulan Jun ini, kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
“Insya Allah, Anwar akan dibebaskan pada 11 Jun ini, katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Konvensyen Pakatan Harapan Wanita di sini.
Hari ini merupakan hari ke 1,062 Anwar berada dipenjara, lapor The Star.
Dr. Wan Azizah berkata, meskipun fizikal Anwar tidak bersama namun beliau sentiasa menyokong perjuangan parti itu dengan semangatnya.
Dalam sidang media, Dr. Wan Azizah berkata, Pakatan Harapan (PH) masih belum memuktamadkan pilihan calon perdana menteri, sambil menambah calon itu boleh menjadi seorang wanita.
“Kami mempunyai ramai calon yang berkelayakan dan akan melihat faktor kredibiliti serta faktor wanita.
“Wanita boleh menjadi perdana menteri, apa yang salah dengan itu?” katanya.
Mengenai sama ada PKR telah menyelesaikan isu penamaan calon yang sesuai untuk jawatan perdana menteri, Dr Wan Azizah berkata: “Mengapa anda mahu membuat spekulasi? Kami bersatu. Kami tidak ada masalah dalaman.
PH dijangka mengumumkan calon perdana menteri esok. – MalaysiaGazette
Comments are closed.