Pengerusi Pakatan HARAPAN, Tun Dr. Mahathir Mohamad (kanan) dan Presiden Pakatan HARAPAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (kiri) bercakap pada sidang media selepas Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC Shah Alam, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 07 JANUARI 2018.

SHAH ALAM – Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri oleh Pakatan Harapan (PH) mengaku sedia untuk memulangkan semula jawatan itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, beliau yang sudah lanjut usia tidak mempunyai masalah untuk kehilangan jawatan itu kelak.

“Prosesnya berlaku dan itu terpulang kepada parti. Ia boleh jadi apa sahaja. Saya 92 tahun saya takkan lama

“Saya ok (untuk kembalikan jawatan itu),” katanya ketika sidang media selepas Konvensyen PH disini petang tadi.

Tambah Mahathir, perbincangan peringkat akar umbi boleh dilakukan pada masa akan datang sekiranya ada ahli yang membantah pencalonannya sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu beliau menyuarakan keutamaannya ‘menjatuhkan’ Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak melebihi daripada tentangannya sebelum ini terhadap Anwar yang terpalit dengan isu moral pada zaman beliau menjadi Perdana Menteri.

“Itu sejarah. Yang utama sekarang ni nak bagi jatuh UMNO dan Datuk Seri Najib. Takkan hanya kerana itu kita nak bagi kat Najib,” ujarnya.-MalaysiaGazette