Pembentang Isu Pendidikan, Datuk Raof Husin berucap pada Konvensyen Kebangkitan Ummah di Pusat Islam, Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI, 13 JANUARI 2018

KUALA LUMPUR – Guru-guru di negara ini dinasihatkan agar tidak menggunakan kaedah memukul pelajar atas alasan mendidik.

Menurut Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Datuk Abdul Raof Hussin, tindakan merotan pelajarĀ  atau menampar adalah salah dan bertentangan dengan prinsip guru sebagai pendidik.

“Saya tidak setuju guru tampar murid, apatah lagi murid sekolah rendah. Tugas kita kena lihat dan ajar sahaja.

“Tidak boleh rotan, jangan rotan kepada murid sekolah rendah. Setakat ini berlaku begitu,” katanya dalam sesi soal jawab Konvensyen Kebangkitan Ummah di Pusat Islam hari ini.

Konvensyen itu adalah anjuran kali pertama Gerakan Pembela Ummah (Ummah).

Pada Disember tahun lalu, seorang guru di Seremban diheret ke mahkamah atas tindakannya mendisplinkan murid di bawah jangan beliau.

Azizan Manap 44, dilepaskan tanpa bebas daripada tuduhan mencederakan murid selepas keputusan itu dibuat majistret Mohd Zaki Abd Rahman.

Mengulas mengenai itu, Raof berkata, guru perlu mencuba sehabis baik untuk mendidik pelajar dan tindakan merotan adalah tidak perlu.

“Guru patutnya mendidik dan usaha sampai habis. Bina dengan kata-kata dan melalui percakapan dan pergi jumpa ibu bapa. Kalau pelajar sekolah menengah, mereka lain sikit, lebih matang.

“Dalam peraturan pun tidak boleh tampar atau rotan. Perilaku rotan itu akan lebih takutkan pelajar dan nanti dia akan jadi lagi teruk,” katanya lagi. -MalaysiaGazette.