SALT LAKE CITY -Majlis Perbandaran Salt Lake City memecat empat pegawai penguatkuasa yang menerima piza dari sebuah kedai piza sebagai pertukaran supaya tidak menulis tiket letak kereta kepada pemilik kedai tersebut.

Stesen televisyen, KUTV-TV melaporkan Pengarah Perkhidmatan Awam untuk bandar itu, Lisa Shaffer berkata, pihaknya menjalankan siasatan selepas salah seorang pegawai mengaku melakukannya dan memecatnya  dan tiga yang lain.

Shaffer berkata, polis menyiasat perkara tersebut namun tidak mengenakan dakwaan, lapor AP.

Salah seorang pegawai yang dipecat, Jeff Clegg berkata, selama dua tahun beliau dan rakan sekerjanya hanya memberi amaran kepada pemilik dan pekerja Sicilia Pizza dan membatalkan tiket pakir yang mereka terima.

Clegg menjangka pegawai-pegawai tersebut boleh mengeluarkan tiga tiket pakir sehari untuk pekerja kedai piza itu, bermakna kutipan parkir yang tidak dipungut mencecah AS$19,000.

Pemilik Sicilia Pizza, Amrol Hararah menafikan melakukan perkara tersebut. – Agensi