Home Ekonomi Malaysia Airlines mahu segera terokai pasaran umrah, haji

Malaysia Airlines mahu segera terokai pasaran umrah, haji

Kapten Izham Ismail

LONDON – Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) yang melakukan perkhidmatan percubaan membawa jemaah ke Arab Saudi dengan kapasiti penuh dalam pesawat Airbus SE, A380 akan menubuhkan divisyen baru bagi operasi itu seawal akhir tahun ini.

Syarikat penerbangan itu menggunakan dua daripada enam A380s untuk membawa jemaah haji dan umrah sejak November lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Izham Ismail dalam satu temu bual berkata, pesawat-pesawat itu akhirnya akan digunakan untuk jemaah haji.

“Saya berpendapat Malaysia Airlines perlu memasuki pasaran dengan cepat. Kami telah terbang setiap hari ke Jeddah atau Madinah dan kami mengisi laluan ini setiap hari,” katanya.

Minggu lalu, Airbus memecah kemarau jualan selama dua tahun dengan A380 berminat untuk melihat pelan pasaran baru Malaysia Airlines selepas syarikat itu bersetuju menukar pesawat kepada 700 tempat duduk berbanding 498 sekarang.

Ismail berkata, syarikat itu perlu menunggu sehingga tahun 2020, apabila A380 akan melaksanakan perkhidmatan penyelenggaraan besar-besaran.

“Penumpang yang menunaikan umrah dan haji adalah warga emas, jadi kita tidak boleh mempunyai kapasiti padat.

Penerbangan percubaan itu di bawah lesen Malaysia Airlines tetapi perlu diwujudkan sebagai jenama pajakan yang berdiri sendiri pada suku keempat atau awal tahun depan, kata Izham.

Operasi penerbangan itu sepatutnya menggunakan empat pesawat A380, dengan tambahan A330 dengan dua lorong, meskipun peneraju Malaysia Airlines sebelum ini mengunjurkan pasaran memerlukan sokongan 20 buah pesawat superjambo.

Malaysia Airlines berpendapat pesawat A380 adalah terlalu besar bagi penerbangan berjadual dan akan menggantikannya dengan pesawat A350 untuk laluan ke London dan Tokyo. – MalaysiaGazette