Home Nasional Tiada kes MERS-CoV baru

Tiada kes MERS-CoV baru

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengesahkan tiada lagi jangkitan baru Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) selepas kes seorang lelaki berusia 55 tahun dilaporkan pada 31 Disember lalu.

Lelaki itu disahkan terkena jangkitan itu selepas pulang daripada mengerjakan umrah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dengan itu wabak tersebut kekal kepada satu kes sahaja.

Katanya, kementerian berkenaan berjaya mengesan 75 orang kontak melibatkan ahli keluarga, saudara mara, sahabat, ahli kumpulan pakej umrah, kakitangan kesihatan yang mengendalikan kes itu di klinik swasta dan hospital kerajaan serta penumpang yang duduk berhampiran dengannya bagi perjalanan pulang ke Malaysia pada 23 Disember lalu.

Kesemua kontak berkenaan didapati negatif MERS-CoV. – MalaysiaGazette