Home Nasional 2 lelaki ditahan bantu siasatan bakar kenderaan pegawai kastam

2 lelaki ditahan bantu siasatan bakar kenderaan pegawai kastam

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua lelaki di ibu negara semalam bagi membantu siasatan berhubung kes empat kenderaan milik keluarga seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terbakar di hadapan kuarters yang didudukinya di Presint 11, Putrajaya pada 23 Januari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata, kedua-dua lelaki berusia 48 dan 49 tahun itu berkerja sendiri.

“Kita mengesan dua lelaki itu melalui CCTV (rakaman kamera litar tertutup) ketika mereka berpusing (sekitar kawasan berkenaan) sambil menunggang sebuah motosikal pada  hari kejadian…motif kejadian masih disiasat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Difahamkan, seorang daripada suspek dikenal pasti terlibat ugutan secara lisan melalui penggailan telefon kepada pegawai kastam yang lain pada April tahun lepas. – MalaysiaGazette