Home Nasional 54,824 calon UPKK dapat 8A

54,824 calon UPKK dapat 8A

65
0
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 54,824 calon peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2017 mendapat 8A, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, bilangan itu meningkat sebanyak 18 peratus berbanding 46,461 calon mendapat 8A pada tahun 2016.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Jamil Khir berkata seramai 21,639 calon mendapat 7A, manakala 21,462 mendapat 6A dan 23,950 calon lagi mendapat 5A.

Menurutnya, Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) mencatatkan kadar lulus tertinggi iaitu 99.9 peratus, diikuti mata pelajaran Al-Quran yang mencapai 99.7 peratus kelulusan. – MalaysiaGazette