Nurul Izzah Anwar

PETALING JAYA – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar hari ini berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-14.

“Saya komited untuk mempertahankan kerusi Lembah Pantai, bagaimanapun keputusan akhir di tangan pucuk pimpinan,” katanya pada sidang media, di sini.

Nurul Izzah menyandang kerusi itu sejak 2008 selepas beliau mengetepikan Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang merupakan Anggota Parlimen Lembah Pantai selama tiga penggal.

Pada 2013, Nurul Izzah mempertahankan kerusi itu dengan mengatasi cabaran bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.- BERNAMA