Home Dunia 2 pesawat angkut pekerja Filipina dari Kuwait

2 pesawat angkut pekerja Filipina dari Kuwait

Joanna Demafelis,

MANILA – Filipina memberhentikan penghantaran pekerja pembantu rumah ke Kuwait mulai hari ini.

Setiausaha Jabatan Buruh dan Pekerjaan (DOLE) Filipina, Silvestre Bello III telah arahkan untuk mengeluarkan notis mengenai pemberhentian itu kepada Kuwait.

Arahan itu dibuat selepas penemuan mayat pekerja pembantu rumah Filipina yang ditemui mati dalam peti sejuk di sebuah kediaman pangsapuri terbiar.

Susulan arahan itu, dua syarikat penerbangan, PAL dan Cebu Pacific diminta membawa balik pekerja-pekerja yang berada di Kuwait.

Jurucakap DOLE, Raul Francia berkata, Presiden Filipina telah mengarah membawa balik pekerja-pekerja itu dalam tempoh 72 jam.

Arahan itu terpakai kepada pekerja-pekerja yang mahu pulang ke Filipinan dan 2,000 orang yang memohon pengampunan.

Sementara itu, keluarga mangsa, Joanna Daniela Demafelis menuntut keadilan daripada Kuwait dan mahu mayat dihantar ke negara asalnya.

Mangsa telah bekerja di Kuwait sejak tahun 2014 untuk membantu keluarganya.

Dia adalah antara salah seorang daripada tujuh pekerja pembantu rumah Filipina yang mati semasa bekerja di Kuwait. – MalaysiaGazette