Home Nasional Status keselamatan Gunung Agung diturunkan

Status keselamatan Gunung Agung diturunkan

Gunung Agung ketika berada amaran tinggi pada Februari lalu. foto Agensi

KUALA LUMPUR – Status keselamatan Gunung Agung di Bali diturunkan daripada Tahap IV (Awas) kepada Tahap III (Siaga) pada Sabtu lalu.

Malah, radius kawasan berbahaya juga dikurangkan daripada 6 kilometer kepada 4 kilometer, demikian, kata Kementerian Luar hari ini.

Bagaimanapun, status tersebut boleh berubah dalam masa yang singkat dan pihak berkuasa Indonesia memberi peringatan terhadap kemungkinan pemindahan penduduk sekiranya status keselamatan itu meningkat.

Sehubungan itu, Rakyat Malaysia dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk keselamatan diri, mengikuti perkembangan berita tempatan dan mematuhi arahan daripada pihak-pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pejabat Konsul Kehormat Malaysia di Bali menerusi e-mel [email protected] atau Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi e-mel [email protected] atau panggilan telefon +62215224947 atau +6281380813036.

Gunung Agung itu mula meletus pada November tahun lalu dan mengeluarkan asap tebal setinggi 3,000 meter.- MalaysiaGazette