Home Nasional Bekalan air di Petaling, Klang, Shah Alam pulih

Bekalan air di Petaling, Klang, Shah Alam pulih

KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan air sementara dan tekanan rendah di Petaling, Klang dan Shah Alam akibat penyusutan paras kolam-kolam perkhidmatan ekoran permintataan tinggi telah kembali pulih.

Pemantauan berterusan serta tindakan sedang diambil untuk memastikan bekalan air yang berterusan kepada semua pelanggan, kata Syarikat Bekalan Air Selangor.

Kerjasama dan kesabaran semua pelanggan sepanjang tempoh gangguan amatlah dihargai. – MalaysiaGazette