Home Dunia Dadah dalam 81 kampit beras dirampas, anak kapal ditahan

Dadah dalam 81 kampit beras dirampas, anak kapal ditahan

Kapal MV Sunrise Glory, yang menggunakan bendera Singapura ditahan oleh tentera laut Indonesia pada 7 Februari lalu di perairan Batam. foto Tentera Indonesia

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia merampas 1.6 ton dadah yang tersembunyi dalam kapal semasa serbuan kedua operasi narkotik yang dijalankan pada bulan ini.

Kastam berkata, pihaknya telah mengesan kapal itu di antara Pulau Sumatera dan Indonesia lantas melaporkannya kepada polis.

Operasi mengesan kapal yang menggunakan bendera Singapura itu telah menemui sekurang-kurangnya 81 dadah yang diisi dalam kampit beras.

Empat anak kapal Taiwan ditahan termasuk seorang lelaki berusia 69 tahun.

“Kami sedang soal siasat anak kapal tersebut dan mengenal pasti berat dadah,” kata jurucakap Agensi Cukai dan Kastam, Deni Sirjantoro.

Pihak berkuasa Indonesia berkata, mereka telah mengesan kapal itu sejak beberapa bulan lalu selepas mengesyaki ia adalah kapal dadah ke Indonesia dan Australia yang menggunakan pelbagai bendera negara bagi mengelak dikesan.

Pada awal bulan ini, tentera Indonesia merampas 1.3 tan dadah dari kapal yang dijumpai di selat antara Singapura dan Indonesia. – MalaysiaGazette