Home Dunia Pengantin, nenek maut selepas buka hadiah bom

Pengantin, nenek maut selepas buka hadiah bom

Soumya Sekhar (kiri) meninggal dunia manakala isterinya, Reema Sahu cedera parah selepas hadiah perkahwinan yang dibuka meletup. foto Agensi

TELUK BENGAL – Seorang lelaki yang baru berkahwin dan neneknya terbunuh ketika hadiah perkahwinan yang sedang dibuka meletup.

Isteri lelaki itu cedera parah dalam letupan pada hari Jumaat di timur Odisha, kata polis.

Soumya Sekhar dan Reema Sahu baru sahaja berkahwin pada 18 Februari lalu dan menerima hadiah berkenaan beberapa hari sebelum kejadian.

Hadiah itu sebenarnya adalah bom, kata polis.

Nama pengirim tidak tertera pada kotak hadiah tersebut.

“Hadiah itu meletup selepas pembungkusnya dibuka,” menurut saudara-mara mangsa kepada media tempatan.

Sehu dan neneknya yang berusia 85 tahun, Jemamani Sahu meninggal di hospital.

Motif serangan tidak diketahui tetapi suspek dipercayai adalah individu yang menetap berhampiran dengan mangsa. – MalaysiaGazette