Nakhaie Ahmad

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad dijangka kembali semula ke pangkuan parti itu tidak lama lagi.

Menurut sumber, bekas pemimpin nombor dua Pas pada zaman Allahyarham Fadhil Nor itu dilihat bersama-sama pemimpin Pas di beberapa majlis ceramah sejak kebelakangan ini.

Malah dalam majlis melibatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun Nakhaie kelihatan hadir dan duduk di pentas utama.

Nakhaie yang juga Pengerusi PERKIM Wilayah Persekutuan itu menyertai UMNO selepas keluar Pas satu masa dahulu.

Dalam situasi ramai pemimpin Pas menyertai Parti Amanah Negara, kehadiran Nakhaie mungkin dilihat memberi kelebihan kepada Pas.- MalaysiaGazette