Home Dunia Lelaki bunuh diri di White House

Lelaki bunuh diri di White House

Polis mengepung luar pagar White House selepas seorang lelaki menembak dirinya. foto Agensi

WASHINGTON – Seorang lelaki menembak dan membunuh dirinya di luar White House selepas menghampiri pagar di sebelah utara kediaman Presiden Amerika Syarikat di Pennsylvania Avenue.

Selain lelaki itu, tiada orang awam yang cedera, menurut polis.

Ketika kejadian Donald Trump berada di Ladang Mar-a-Lago, Florida.

Lelaki itu melepaskan tembakan semasa kawasan itu dipenuhi orang menyebabkan keadaan kecoh apabila orang ramai bertempiaran lari.

Setakat ini nama lelaki terbabit belum didedahkan. – MalaysiaGazette