Home Ekonomi Indeks nilai eksport Januari negara susut, import naik

Indeks nilai eksport Januari negara susut, import naik

KUALA LUMPUR – Berasaskan bulan ke bulan, indeks nilai seunit eksport bagi Januari mencatatkan penurunan 0.2 peratus kepada 112.6 mata.

Prestasi itu disumbangkan oleh minyak & lemak haiwan & sayur-sayuran (-3.6%), alat jentera & kelengkapan pengangkutan (-0.3%) dan pelbagai barang keluaran kilang (-0.1%).

Sebaliknya, indeks volum eksport meningkat 4.7 peratus kepada 138.3 mata, menurut Jabatan Perangkaan.

Peningkatan ini disebabkan oleh minyak & lemak haiwan & sayur-sayuran (+18.7%), alat jentera & kelengkapan pengangkutan (+11.3%) dan bahan kimia (+2.3%).

Bagi data pelarasan musim, indeks volum eksport berkembang 11.8 peratus kepada 142.5 mata.

Berbanding tahun sebelumnya, indeks nilai seunit eksport dan indeks volum eksport masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 0.4 peratus dan 17.4 peratus.

Pada Januari 2018, indeks nilai seunit import meningkat 0.2 peratus kepada 115.8 mata, bulan ke bulan, yang mana penyumbang utama adalah minyak galian (+3.4%) diikuti oleh barang-barang keluaran kilang (+0.4%) dan makanan (+0.2%).

Sementara itu, indeks volum import turut meningkat 1.2% kepada 143.6 mata. Ini disebabkan oleh barang-barang keluaran kilang (+11.5%), minyak galian (+9.5%) dan bahan kimia (+6.7%).

Bagi data pelarasan musim, indeks volum import berkembang 5.4 peratus kepada 144.9 mata.

Berasaskan tahun ke tahun, indeks nilai seunit import dan indeks volum import masing-masing berkembang sebanyak 0.6 peratus dan 11 peratus. – MalaysiaGazette