Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (tengah) menunjukkan Laporan Prestasi Pelaburan Malaysia 2017 sambil bersalaman dengan Pengerusi Malaysia Investment Development Authority (MIDA), Tan Sri Amirsham A. Aziz (tiga kiri) sambil diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan (dua kanan) dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan pada Persidangan Media Tahunan MIDA 2018 di Pejabat MIDA, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 06 MAC 2018.

KUALA LUMPUR – Suku tahun ini sahaja, Malaysia dijangka menerima sekurang-kurangnya RM80 bilion pelaburan yang diluluskan.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed matlamat tersebut seiring dengan jangkaan pelaburan langsung global yang mencecah USD1.8 trilion.

“Aliran pelaburan langsung asing (FDI) global dijangka melantun semula pada tahun 2018, untuk almosy USD1.8 trilion.

“Jadi 2018, kami menyasarkan untuk memperoleh sekurang-kurangnya RM80 bilion pelaburan yang diluluskan dan lebih 12 syarikat yang ingin menjadikan Malaysia sebagai hab serantau.,” katanya ketika pembentangan pelaburan tahunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) hari ini.

Dalam masa yang sama pertumbuhan ekonomi negara menerusi ekonomi utama juga tahun ini akan lebih kukuh menerusi pemulihan harga komoditi selain daripada kekuatan prospek dari pelbagai aspek yang dilihat dapat meyakinkan pelabur.

“Pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh dalam ekonomi utama pemulihan secara beransur-ansur dalam harga komoditi dan keuntungan yang lebih baik, prospek dalam pelbagai sektor dapat meningkatkan keyakinan perniagaan dan oleh itu syarikat-syarikat multinasional akan melabur,” ujarnya.

Tambahnya demi menguatkan ekonomi negara, Malaysia secara konsisten memastikan persekitaran perniagaan termasuklah tindakan kerajaan yang efektif.

“Menguatkan ekonomi Malaysia perlulah menerusi persekitaran perniagaan dan persekitaran yang menyokong yang tenaga kerja yang berbakat, lokasi strategik dan kerajaan yang berkesan yang mempunyai kreativiti dan inovasi ” ujarnya lagi.

Dalam pada itu Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud berkata Malaysia untuk keseluruhan tahun ini lebihan kira-kira RM200 bilion sehingga hujung tahun iaitu melebihi RM120 bilion daripada pelaburan diterima suku 2018.-MalaysiaGazette