Sebahagian ahli kariah Masjid Jamek Sungai Pelong membersihkan karpet selepas insiden dimasuki babi.

KUALA LUMPUR – Jemaah Masjid Jamek Sungai Plong dekat Sungai Buloh hari ini bergotong-royong menyamak kawasan masjid selepas ‘diceroboh’ babi malam semalam.

Ahli-ahli kariah bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta wakil Jabatan Mufti Selangor juga turut membantu kerja-kerja pembersihan.

Selain karpet di ruang solat, lantai dan pintu masuk masjid – kawasan luar masjid juga dibersihkan menggunakan hos bomba.

Pada kejadian malam semalam jemaah di masjid yang sama gempar apabila seekor babi jantan masuk ke dalam masjid ketika mereka mahu menunaikan solat Isyak.

Babi tersesat itu sebelum itu mengejar kanak-kanak diluar masjid dan kemudiannya memasuki dewan solat.

Bagaimanapun haiwan liar itu akhirnya mati ditembak oleh salah seorang penduduk yang mempunyai senapang patah.-MalaysiaGazette

Bila babi ‘masuk’ masjid…