Home Dunia Internet telefon mudah alih ditutup sempena Hari Nyepi

Internet telefon mudah alih ditutup sempena Hari Nyepi

50
0

JAKARTA – Bali telah mengarahkan semua syarikat telekomunikasi untuk menghentikan perkhidmatan Internet bagi telefon mudah alih pada Hari Nyepi yang jatuh pada hari Sabtu ini.

Nyepi adalah hari senyap, menandakan Tahun Baru bagi penganut Hindu yang diraikan di pulau tersebut.

Pada hari itu, lapangan terbang juga akan ditutup selama 24 jam bermula pada 6 pagi.

Ketua Pejabat Kementerian Komunikasi Bali, Nyoman Sujaya berkata, bagaimanapun akses Internet bagi keperluan lain beroperasi seperti biasa.

“Wifi di hotel, perkhidmatan awam termasuk di lapangan-lapangan terbang, hospital, keselamatan dan bank beroperasi seperti biasa,” katanya. – MalaysiaGazette