ALOR SETAR – Sebanyak 147 tual balak yang bernilai RM200,00 dirampas oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) di Hutan Simpan Kekal Ulu Muda.

Pengarah JPNK, Datuk Mohd Nasir Abu Hasan, berkata turut dalam operasi baru-baru ini adalah lima jentera yang digunakan untuk kegiatan haram yang dipercayai aktif sejak minggu lalu.

“Kegiatan itu disyaki dilakukan oleh pelesen yang menebang dan mengambil balak di luar kawasan lesen yang dibenarkan.

“Antara balak yang dirampas adalah merbau, meranti dan keruing yang mempunyai nilai yang sangat tinggi dianggarkan RM200,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, JPNK telah mengarahkan syarikat yang terbabit menghentikan operasi untuk melakukan siasatan mengikut Sekyen 15 Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian 1985). -MalaysiaGazette