Home Dunia Filipina semakin hampir laksana cerai

Filipina semakin hampir laksana cerai

Kumpulan penentang perceraian di Filipina. foto BBC

MANILA – Dewan Kongres Filipina meluluskan rang undang-undang perceraian bagi bacaan ketiga, sekaligus menyaksikan pelaksanaan perundangan cerai.

Rang undang-undang itu diluluskan walaupun dibantah oleh Presiden Rodrigo Duterte, yang juga pernah membatalkan perkahwinannya.

Bagaimanapun, untuk menjadikan perceraian dimasukkan dalam undang-undang, Senat perlu meluluskan rang undang-undang yang memihak dan walaupun Duterte membantah.

Filipina dan Vatican City merupakan dua tempat yang tidak mengiktiraf perceraian.

Wakil wanita Kongres, Emmi de Jesus berkata, rang undang-undang itu difailkan kerana penderitaan wanita yang terperangkap dalam keganasan rumah tangga dan memerlukan campur tangan kerajaan bagi menangani perkahwinan yang tidak dapat diselamatkan.

Rang Undang-Undang Perceraian diluluskan dengan 134 undi dan 57 menentang serta dua lagi berkecuali.

Pada masa sekarang, pengakhiran perkahwinan di Filipina hanya melalui pembatalan.

Ketetapan sedemikian memerlukan kes sivil, yang mana pasangan harus menjalani ujian kesihatan mental dan memberi keterangan di mahkamah – bagi membolehkan hakim mengisytiharkan perkahwinan tidak sah. – MalaysiaGazette