Home Ekonomi IHPR Februari susut 3.4%

IHPR Februari susut 3.4%

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan berasaskan tahun ke tahun menurun 3.4 peratus pada bulan Februari 2018 berbanding penurunan 1.2 peratus pada Januari 2018.

Antara sektor yang mencatatkan penurunan dalam tempoh ini adalah pertanian, perhutanan & perikanan (-16.2%) dan Pembuatan (-2.6%).

Sementara itu, indeks yang mencatatkan peningkatan seperti sektor Perlombongan (+3.1%), bekalan air (+1.2%) dan bekalan elektrik & gas (+0.8 %).

Jabatan Perangkaan berkata, perbandingan bulan ke bulan, IHPR pengeluaran tempatan menurun 1.5 peratus pada Februari 2018.

Penurunan indeks ini disebabkan oleh sektor pertanian, perhutanan & perikanan (-2.5%) Perlombongan (-6.3%) dan Pembuatan (-0.8%).

Sementara itu, indeks bagi sektor Bekalan elektrik & gas dan sektor bekalan air mencatatkan penurunan masing-masing sebanyak 1.1 peratus dan 0.1 peratus.

IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan menurun 1.5 peratus pada bulan Februari 2018 disebabkan perubahan negatif dalam indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya (-4.8%), barang siap (-1.4%), bahan perantaraan, bekalan dan komponen (-0.2%).

Berbanding bulan yang sama setahun lalu, IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan pada Februari 2018 turun 3.4 peratus.

Penurunan ini didorong oleh penurunan indeks Bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya (-5.8%), Bahan perantaraan, bekalan dan komponen (-2.9%), dan Barang siap (-2.1%). – MalaysiaGazette