Home Ekonomi Bukan sijil dari Bank Negara

Bukan sijil dari Bank Negara

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan ia tidak memberi kuasa atau menyokong mana-mana program pensijilan yang berkaitan dengan aset blockchain, kripto aset dan fintech seperti yang diterbitkan di https://zhuanlan.zhihu.com.

Penggunaan logo BNM dan University of Malaya pada sijil itu adalah tidak sah.

BNM menjelaskan, ia tidak pernah mengiktiraf pemegang sijil yang menggunakan dokumentasi tersebut dalam menawarkan perkhidmatan perundingan.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengesahkan kesahihan mana-mana program persijilan sebelum mendaftar. – MalaysiaGazette