Ali Tinju

KUALA LUMPUR – Jangan bagi muka kepada pemimpin UMNO sekiranya didapati bersalah dalam kes dadah.

Presiden NGO Nombor 1 Negara, Mohd. Ali Baharom berkata, pucuk pimpinan UMNO mesti bertegas sekiranya ada dalam kalangan pemimpinnya terlibat dalam jenayah.

Lebih-lebih lagi sekiranya seseorang pemimpin itu dikatakan bakal menjadi calon dalam PRU-14 kelak, tegasnya.

“Jika benar dia bersalah parti kena ambil tindakan keras kerana ia memalukan ahli-ahli UMNO,” katanya yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju kepada Malaysia Gazette malam ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Cawangan Bandar Tasik Selatan berkata demikian merujuk kes Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar yang dikatakan terlibat dalam kes dadah selepas ditahan disebuah kelab malam kelmarin.

Ali Tinju juga mengalu-alukan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kecewa atas apa yang berlaku dan akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.- MalaysiaGazette