Home Utama Rafidah Aziz bohong, tuduhan tidak benar – Hishammuddin

Rafidah Aziz bohong, tuduhan tidak benar – Hishammuddin

378
1

KUALA LUMPUR – Tuduhan yang dibuat oleh Tan Sri Rafidah Aziz adalah tidak benar sama sekali, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Malah Hishammudin turut menyifatkan Rafidah sebagai pembohong dan tidak bertanggungjawab kerana membuat kenyataan palsu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Rafidah menerusi surat terbukanya bahawa tanah-tanah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara dijual kepada sebuah syarikat milik tiga individu.

“Tuduhan Tan Sri Rafidah Aziz bahawa sebuah syarikat milik tiga individu yang kini memiliki setiap inci tanah tentera di Malaysia adalah tidak benar dan merupakan satu pembohongan yang nyata.

“Dakwaan beliau bahawa syarikat ini didakwa membuat semua keputusan mengenai ttanah Kementerian Pertahanan atau tentera juga adalah tidak benar.

“Tindakannya saya percaya sangat tidak bertanggungjawab dan sebagai ahli Kabinet pada waktu itu yang juga sebahagian daripada yang membuat keputusan yang menyentuh Kementerian Pertahanan saya lihat dia tidak bertanggungjawab langsung,” katanya kepada pemberita pada Program Jelajah Perkasa Perwira di Kem 11 Divisyen Muara Tuang.

Beliau akan mengarahkan Kementerian Pertahanan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk membuat kenyataan balas bersabit tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Rafidah. – MalaysiaGazette

Surat terbuka Rafidah dakwa Najib swastakan tanah ATM

1 Komen

Comments are closed.