SINGAPURA-Bank pusat Singapura mengetatkan dasar monetari negara tersebut buat kali pertama selepas enam tahun.

Ia merupakan langkah perlu untuk membolehkan ekonominya terus berkembang terutama dengan adanya risiko daripada peningkatan ketegangan di antara Amerika Syarikat- China.

Lembaga Monetari Singapura (MAS) berkata, ia mungkin akan menaikkan band dasar dolar Singapura berbanding kosong sebelum ini sementara memastikan tiada perubahan dari segi kelebaran dan poin tengah matawang mereka.

“Dasar ini konsisten dengan peningkatan sederhana dan berperingkat band dasar tukaran wang asing nominal yang berkesan bagi memastikan kestabilan harga dalam jangka masa sederhana,” katanya.

Tambah bank pusat itu, ekonomi Singapura sepatutnya terus berkembang kukuh pada 2018 namun menghadapi risiko daripada pertelagahan perdagangan di antara AS-China.

“Sekiranya pertelingkahan tersebut berterusan, ia akan memberikan impak signifikan terhadap perdagangan global,”katanya.

Data rasmi yang dikeluarkan hari ini menunjukkan ekonomi Singapura yang sangat bergantung kepada perdagangan berkembang sebanyak 1.4 peratus pada suku pertama berbanding suku sebelumnya.

Keluaran Dalam Negara Kasar tumbuh sebanyak 4.3 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.- Malaysiagazette