Home Dunia Reuters menang Pulitzer

Reuters menang Pulitzer

68
0
Antara gambar penduduk Rohingya di Bangladesh yang dirakam oleh jurugambr Reuters.

NEW YORK – Reuters dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Pulitzer untuk laporan dan fotografi antarabangsa manakala New York Times dan Washington Post berkongsi kemenangan bagi mendedahkan gangguan seksual di Amerika Syarikat dan siasatan tentang penglibatan Rusia dalam pilihan raya presiden 2016.

The Pulitzer merupakan , anugerah paling berprestij dalam kewartawanan Amerika Syarkat.

Anugerah itu telah mengiktiraf Reuters dalam pendedahan kaedah pembunuhan oleh pasukan polis Filipina dalam perang dadah.

Manakala untuk anugerah fotografi pula gambar-gambar krisis pelarian Rohingya di Myanmar dan Bangladesh.

“Dalam satu tahun yang mana Pulitzer berhak untuk menumpukan perhatian kepada masalah domestik Amerika Syarikat, kami bangga di Reuters untuk mendedahkan isu-isu global mengenai kepentingan lebih mendalam,” kata Ketua Pengarang Reuters J. Adler.

Ini adalah kali pertama Reuters telah memenangi dua hadiah dalam satu tahun.

Bagi liputan di Filipina, wartawan Reuters, Clare Baldwin, Andrew R.C. Marshall dan Manuel Mogato telah mendedahkan bagaimana polis yang memerangi dadah telah membunuh tanpa hukuman dan secara konsisten menafikan pendakwaan,” kata Adler.

Laporan itu termasuk pendedahan bagaimana pasukan polis anti-dadah di pinggir bandar Manila telah mencatatkan jumlah pembunuhan yang luar biasa.

Manakala kakitangan fotografi Reuters diberi penghormatan memenangi hadiah itu kerana imej keganasan yang dialami oleh Rohingya, minoriti Muslim, ketika mereka melarikan diri ke Myanmar untuk Bangladesh.

“Fotografi luar biasa tentang pelarian Rohingya ke Bangladesh secara beramai-ramai menunjukkan bukan sahaja memperlihatkan konflik manusia tetapi juga penjelajahan foto yang boleh memainkan peranan penting dalam pendedahan konflik,” kata Adler.

Wartawan Reuters Wa Lone dan Kyaw Soe Oo telah dipenjarakan di Myanmar sejak 12 Disember, yang didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi ketika menyiasat pembunuhan 10 lelaki Rohingya Muslim di negeri Rakhine. – MalaysiaGazette