Boo Cheng Hau

BANDAR ISKANDAR PUTERI – Veteran DAP dan bekas Pengerusi DAP Johor, Boo Cheng Hau berkata, keputusan parti untuk tidak mencalonkannya bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bukan tamparan terbesar buatnya.

Kata Cheng Hau kepada Sinchew Daily, beliau pernah menerima tekanan lebih besar daripada parti pada 2000 apabila beliau menggesa Pengerusi DAP ketika itu iaitu Lim Kit Siang untuk berundur.

Cheng Hau merupakan Ketua Pemuda Sosialis Johor pada masa itu dan beliau membuat gesaan berkenaan selepas DAP mengalami tamparan besar apabila undi Cina berpihak secara besar-besaran kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 1999.

DAP dalam pilihan raya yang diadakan semasa kemuncak gelombang reformasi itu gagal mengambil kesempatan daripada keadaan semasa. Lanjutan daripadanya, Cheng Hau menggesa Kit Siang berundur.

Tindakan Cheng Hau yang tidak mempunyai jawatan penting dalam parti tetapi menggesa Kit Siang untuk berundur telah membawa tindak balas daripada parti yang menyebabkannya beliau menerima tekanan besar daripada parti.

Mengimbas kembali keadaan di Skudai pada 1999, Cheng Hau berkata, arus politik yang berpihak kepada pembangkang pada masa itu tiba-tiba bertukar selepas perdana menteri pada masa itu melawat sebuah sekolah Cina di Skudai.

“Dengan reformasi yang mengambil tempat, ramai yang optimis dengan keadaan pada masa itu.

” Tetapi arus mula berubah secara besar-besaran apabila Dr. Mahathir Mohamad dan Dr. Ling Leong Sik ( Presiden MCA) melawat Sekolah Rendah Cina Pu Tze,” katanya membincangkan keadaan politik di Skudai pada 1998 yang menyaksikan Cheng Hau sendiri dikalahkan. – MalaysiaGazette