Pensyarah dari Palestin yang ditembak mati di depan kondominium di Setapak pagi tadi.
Pensyarah dari Palestin yang ditembak mati di depan kondominium di Setapak pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Pensyarah dari sebuah universiti swasta di sini, ditemabk mati di luar kondominium di Jalan Gombak, Setapak pagi ini.

Mangsa yang juga imam dari Palestin ditembak sekumpulan dua lelaki yang menunggang motosikal ketika berjalan ke surau untuk menunaikan solat Subuh.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, mangsa yang berusia 35 tahun itu mati di depan kondominiumnya.

Katanya, suspek melepaskan lebih 10 das tembakan dan terdapat empat kesan tembakan dikesan pada badan mangsa.

“Polis turut menemui dua kelongsong peluru di lokasi kejadian. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

Comments are closed.