Ummi Nazeera, mengandung

KUALA LUMPUR – Pelakon Umii Nazeer mengesahkan hamil empat bulan, perkara itu disahkannya sendiri menerusi akaun instagramnya baru-baru ini.

“Alhamdulillah … Di sini ada sesuatu yang istimewa mahu saya kongsikan untuk semua kesayangan saya. Saya kini mengandung empat bulan 1 minggu… Tolong doakan yang baik-baik,” katanya.

Nazeera yang ditemui pemberita di Suka Sucre Bistro memaklumkan tidak sedar hamil sehinggalah mendapat rawatan di sebuah klinik.

“Saya mengalami kecederaan di kaki ketika penggambaran dan sebelum melakukan imbasan sinar X, doktor bertanyakan sama ada saya hamil atau tidak. Namun doktor mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan hamil terlebih dahulu kerana risau saya hamil,” katanya.

Pelakon Bisik Pada Langit itu mendirikan rumah tangga dengan Dr Mohd Izzar Anwari pada 23 Julai tahun lalu. – MalaysiaGazette